Monday, March 27, 2023
28.8 C
Brunei

-

Arab Saudi sambut Aidilfitri 2 Mei

ANKARA, 1 MEI – Arab Saudi dan kebanyakan negara Arab akan menyambut Aidilfitri pada Isnin, menandakan berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam.

Dalam satu kenyataan, Istana Diraja Saudi berkata anak bulan Syawal, bulan ke-10 dalam kalendar Islam, tidak kelihatan pada Sabtu (30 April).

“Oleh itu, Ahad, 1 Mei akan menjadi hari terakhir Ramadan dan Aidilfitri akan disambut pada Isnin, 2 Mei,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan itu.

Pihak berkuasa agama di Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Bahrain dan Yaman turut mengumumkan Aidilfitri pada Isnin.

Hari Raya Aidilfitri juga akan disambut pada Isnin di Mesir, Sudan, Libya, Lubnan, Syria dan Palestin. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -