Tuesday, January 21, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arab Saudi sedia untuk Piala Dunia FIFA 2034 – Benzema

    JEDDAH, 9 DIS – Bintang bola sepak Perancis, Karim Benzema yang kini bermain untuk Al-Ittihad, yakin Arab Saudi mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034™ berdasarkan persediaan yang sedang dilakukan. 

    “Dalam tempoh 10 tahun, saya percaya Kerajaan ini akan bersedia untuk Piala Dunia FIFA 2034™.

    “Latihan akan bermula dengan pemain-pemain muda, kerana itu adalah perkara paling penting: membina asas kukuh untuk mencapai tahap tertinggi,” kata Benzema semasa lawatannya ke Jeddah.

    Semasa lawatan itu, Benzema turut bertemu pemain bola sepak di pusat latihan serantau Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi.

    Beliau memuji usaha Arab Saudi sebagai sebuah negara yang menarik untuk diterokai, selain inisiatif sukan yang pelbagai. 

    Pemain itu turut memuji kemajuan dan lonjakan kualiti yang diperlihatkan dalam sukan itu, di samping menggalakkan orang ramai untuk datang ke Arab Saudi bagi memahami keunikan negara itu secara langsung.

    Benzema turut menyuarakan rasa kagum terhadap keramahan rakyat Saudi dan menggambarkan pengalamannya sebagai sesuatu yang luar biasa. – Bernama 

    Karim Benzema memasuki padang menjelang perlawanan bola sepak Liga Pro Saudi di King Abdullah Sports City di Jeddah pada 6 Disember.Beliau yakin Arab Saudi mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034- AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda