Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Arab Saudi setuju bayar pampasan kepada pekerja Filipina

    MANILA, 20 NOV – Arab Saudi akan membayar pampasan kepada 10,000 orang pekerja Filipina yang kehilangan pekerjaan mereka di negara teluk itu beberapa tahun lalu dan masih menunggu pembayaran gaji masing-masing, menurut pegawai Filipina.

    Pengumuman itu dibuat selepas Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman dan Presiden Filipina, Ferdinand Marcos mengadakan pertemuan ketika acara sampingan Sidang Kemuncak Asia Pasifik di Bangkok, Jumaat lalu.

    Setiausaha Pekerja Migran Filipina, Susan Ople berkata pakej pampasan bernilai AS$532 juta itu ‘akan membantu pekerja yang dihentikan’.

    Ia masih belum jelas jika pekerja yang tidak menerima bayaran daripada negara-negara lain juga akan menerima sedikit pampasan.

    “Ini merupakan berita baik. Putera Mahkota Arab Saudi memberitahu saya bahawa ini merupakan hadiah untuk kita,” kata Marcos pada Jumaat.

    Arab Saudi mengalami krisis ekonomi pada 2015 berikutan penurunan mendadak harga minyak, menyebabkan syarikat pembinaan untuk menghentikan puluhan ribu kakitangan asing.

    Pegawai Arab Saudi mengambil tindakan undang-undang bagi pihak kakitangan yang tidak menerima bayaran dari Filipina dan negara-negara Asia lainnya dalam usaha untuk mendapatkan gaji mereka.

    “Saya yakin tindakan ini akan memberi harapan kepada mereka dan akan menyembuhkan penderitaan dan kekecewaan mereka sejak bertahun-tahun,” Ople memberitahu AFP.

    Filipina awal bulan ini menyambung semula penghantaran pekerja domestik ke Arab Saudi selepas penggantungan selama setahun. Kedua-dua buah negara bersetuju untuk meningkatkan langkah-langkah perlindungan bagi pekerja migran. – AFP

    Gambar bertarikh 18 November menunjukkan Putera Mahkota Mohammed menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Bangkok. Arab Saudi akan membayar pampasan kepada pekerja Filipina yang kehilangan pekerjaan di negara teluk itu beberapa tahun lalu. – AFP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...