Arab Saudi sumbang AS$500 juta perangi COVID-19

RIYADH, 17 APRIL – Arab Saudi semalam mengumumkan akan menyumbang AS$500 juta kepada pertubuhan antarabangsa berkaitan untuk menyokong usaha global dalam memerangi COVID-19, lapor agensi berita Xinhua memetik laporan agensi berita Arab Saudi.

Ia untuk menyokong keadaan darurat, kesiapsiagaan dan pembangunan diagnosis,  terapeutik serta vaksin baharu, kata Arab Saudi merangkap pengerusi G20 dalam satu kenyataan.

Sumbangan itu susulan komitmen yang dibuat dalam Sidang Kemuncak Luar Biasa Pemimpin G20 yang diadakan bulan lalu. – Bernama