JEDDAH, 1 Mei – Arab Saudi telah mengumumkan pelan-pelan untuk melancarkan apa yang digelarnya 10 program pembangunan dan ekonomi “baru dan komprehensif”, sebahagian daripada wawasan 2030-nya.
Majlis Hal Ehwal Ekonomi dan Pembangunan menetapkan 10 program strategik penting untuk mencapai wawasan 2030 yang telah diluluskan oleh kerajaan pada April 2016, Saudi Press Agency (SPA) melaporkan.
Program-program itu akan meliputi perumahan, persekitaran hidup, perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan kepada para pengunjung di tapak-tapak suci, mempromosi identiti kebangsaan, budaya, pasaran kewangan, seni dan hiburan, katanya.
Pelaksanaan program-program baru itu dijadualkan akan bermula dalam suku ketiga tahun ini, menurut SPA.
Program-program itu akan memberi manfaat dalam meningkatkan kesejahteraan di Arab Saudi dan juga mempromosikan identiti-identiti kebangsaan dan agama. – NNN