Tuesday, August 16, 2022
27.1 C
Brunei

Aramco, BlackRock meterai perjanjian minyak AS$15.5b

-

RIYADH, 7 DIS – Saudi Aramco berkata ia telah menandatangani perjanjian pajakan dan perjanjian pembayaran balik bernilai AS$15.5 bilion bagi rangkaian talian paip minyak bersama konsortium BlackRock Real Assets dan Syarikat Pelaburan Hassana dalam perjanjian utama kedua tahun ini.

Perjanjian yang ditandatangani kelmarin menunjukkan bagaimana Aramco cuba mencari pendapatan melalui asetnya bagi menjana keuntungan untuk kerajaan Arab Saudi ketika ia meningkatkan usaha untuk mempelbagaikan ekonomi.

Pada Jun, Aramco menjual 49 peratus sahamnya dalam perniagaan talian paip minyak kepada konsortium EIG Global Energy Partners yang berpangkalan di Amerika Syarikat pada harga AS$12.4 bilion.

Di bawah perjanjian baharu ini, Aramco Gas Pipelines Company akan menyewakan hak penggunaan dalam rangkaian gas Aramco dan memajaknya semula kepada Aramco selama tempoh 20 tahun, menurut kenyataan firma pengeluar minyak Arab Saudi.

Sebagai tukaran, Aramco Gas Pipelines Company akan menerima bayaran tarif oleh Aramco bagi penghantaran minyak yang melalui rangkaiannya, disokong oleh komitmen minimum terhadap daya pemprosesan.

Aramco masih mengekalkan pegangan saham sebanyak 51 peratus di Aramco Gas Pipeline Company dan menjual 49 peratus sahamnya kepada pelabur yang diketuai oleh BlackRock dan Hassana, firma pengurusan pelaburan yang mendapat sokongan kerajaan Arab Saudi.

“Dengan minyak mentah dijangka memainkan peranan penting dalam peralihan global kepada tenaga yang lebih mampan pada masa hadapan, rakan-rakan kami akan menerima faedah daripada perjanjian aset infrastruktur gas berkelas dunia,” menurut presiden dan ketua pegawai eksekutif Aramco, Amin Nasser dalam kenyataan.

“BlackRock berbesar hati untuk bekerjasama dengan Saudi Aramco dan Hassana dalam transaksi bersejarah untuk infrastruktur Saudi Aramco,” menurut pengerusi BlackRock dan ketua pegawai eksekutifnya, Larry Fink. – AP

Saudi Aramco telah menandatangani perjanjian pajakan dan perjanjian pembayaran balik bernilai AS$15.5 bilion bersama konsortium BlackRock Real Assets dan Syarikat Pelaburan Hassana.
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -