Aramco catat keuntungan 158 peratus

RIYADH, 31 OKT – Pendapatan syarikat Arab Saudi, Aramco meningkat 158 peratus dari tahun-ke-tahun dalam suku ketiga terhadap harga minyak mentah dan kadar penjualan yang memberangsangkan ketika ekonomi global kembali pulih, menurut syarikat berkenaan hari ini.

Keuntungan Aramco melonjak ketika pemimpin-pemimpin dunia bersedia bagi sidang kemuncak iklim COP26 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) yang bakal berlangsung di Glasgow minggu hadapan, perjumpaan utama dalam melawan pemanasan global.

Keuntungan bersih Aramco bernilai AS$30.4 juta dalam suku ketiga, melonjak dari AS$11.8 bilion pada Q3 tahun lalu, dengan pengalihan tunai bebas lebih dua kali ganda kepada AS$28.7. Para pemegang saham akan menerima AS$18.8 bilion dalam dividen. – AFP

Aramco mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 158 peratus dipacu oleh kenaikan harga minyak mentah dan peningkatan penjualan. – AP