Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Araujo lanjut kontrak hingga 2026

    MADRID, 26 APRIL – Pemain pertahanan Barcelona, Ronald Araujo telah bersetuju dengan kontrak baharu sehingga 2026 dengan klausa pembelian ditetapkan pada 1 bilion euro, menurut pengumuman yang dikeluarkan kelab tersebut hari ini.

    Perjanjian Araujo sebelum ini akan tamat pada tahun hadapan dan komitmennya datang sebagai dorongan besar kepada pasukan Barca, yang melihat pemain berusia 23 tahun itu sebagai pemain utama untuk masa hadapan.

    Masalah kewangan Barcelona bermakna kelab tersebut pada masa ini tidak dapat bersaing dengan kelab terkaya Eropah dan Araujo dilaporkan telah menarik minat pasukan dalam Liga Perdana.

    Selepas menyertai pasukan Barca B dari pasukan Uruguay, Boston Rover pada 2018, Araujo membuat penampilan sulung pasukan utama yang penuh bermakna menentang Sevilla setahun kemudian, apabila dia dibuang padang pada minit ke-14 selepas masuk sebagai pemain gantian.

    Tetapi pemain muda tersebut segera menemui rentak dan telah muncul sebagai pemain pilihan pertama utama dalam pertahanan pasukan Xavi Hernandez pada musim ini.

    Dia telah membuat 26 penampilan musim ini dalam La Liga, menjaringkan empat gol termasuk satu gol ketika membelasah Real Madrid 4-0 pada Mac lalu. – AFP

    Aksi Ronald Araujo merebut bola semasa perlawanan antara Barcelona FC dan Rayo Vallecano di Stadium Camp Nou, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...