Arca gangsa Dali dicuri

DENMARK, 30 JAN – Sekurang-kurangnya dua pencuri telah mencuri barang dari sebuah galeri seni di Stockholm, kata polis, sementara, media Sweden melaporkan ia termasuk 10 hingga 12 ukiran gangsa bersaiz meja yang direka oleh artis Sepanyol, Salvador Dali.

Polis berkata ‘sekurang-kurangnya dua pencuri’ memasuki galeri Couleur di tengah Stockholm awal hari ini dengan memecah pintu masuk. Pakar forensik melakukan pencarian petunjuk di galeri tersebut dan tiada suspek ditangkap setakat ini.

Galeri yang dimiliki oleh Peder Enstrom memberitahu agensi berita Swedan TT bahawa penggera berbunyi selepas 4 pagi dan pihak polis sampai ke tempat kejadian sejurus kemudian.

Setiap arca yang dimiliki oleh Dali bernilai antara 200,000 ke 500,000 kronor dan berukuran sehingga 50 sentimeter tinggi, Enstrom memberitahu TT.

Arca – termasuk beberapa bentuk jam mencair di atas pokok milik Dali – telah dipamerkan di galeri untuk 10 hari. Tatkala pameran itu tutup pada Sabtu. Arca tersebut berasal dari Switzerland. – AP

Pemilik gelari seni Couleur, Peder Enstrom berdiri di belakang pita polis berhampiran galeri yang mempamerkan arca Dali yang telah dicuri. – AFP