Arca Miro dijual AS$7 juta

PARIS, 23 JULAI – Lebih daripada 40 arca bersejarah oleh artis terkenal termasuk Miro, Rodin dan Calder – yang belum dilihat dalam beberapa dekad – akan dilelong di Paris pada Oktober, kata Christie’s hari ini.

Arca gangsa berwarna-warni oleh artis Catalan ‘The Caress of a Bird’ dijangka dijual di antara empat dan enam juta euro sementara kerja mozek oleh artis Perancis-China Zao Woi-Ki mungkin dijual dengan harga dua juta euro, kata firma pelelongan itu.

Semua arca datang daripada koleksi mendiang peniaga seni Perancis Paul Haim. – AFP