Arca sotong gergasi cetus perdebatan

TOKYO, 6 MEI – Bandar nelayan terpencil di Jepun telah mencetuskan perdebatan selepas membelanjakan dana bantuan koronavirus ke atas arca sotong gergasi yang bernilai hampir AS$250,000 dalam usaha kontroversi untuk merangsang pelancongan selepas pandemik.

Monumen berwarna merah jambu itu dengan sesungut besarnya telah didedahkan pada Mac oleh bandar pesisir Noto di tengah Jepun sebagai tumpuan kebanggaan kepada hidangan tempatannya. Ia yang berjumlah sekitar 27 juta yen (AS$247,000) dan hampir sepenuhnya dibayar bersama geran cukai kebangsaan untuk membantu komuniti yang terjejas dari segi kewangan oleh sekatan COVID-19.

Meskipun perdebatan hangat secara online berhubung kewajaran perbelanjaan awam, para pegawai tempatan berkata mereka berharap pembinaannya di perhentian rehat tepi jalan akan membangkitkan minat pengunjung tempatan dan luar negara.

“Pelancongan di bandar kami telah terjejas teruk akibat koronavirus. Kami mahu melakukan sesuatu untuk menyokong industri tempatan,” termasuk mempromosi penangkapan sotong, kata pegawai di dewan bandar Noto memberitahu AFP hari ini.

Impak ke atas sekatan sempadan Jepun dan gesaan untuk mengehadkan perjalanan domestik pada tahun lalu, ekonomi bandar itu juga terkesan dengan penangkapan hasil lautan yang teruk, tambahnya. – AFP

Gambar bertarikh 6 Mei menunjukkan arca sotong gergasi yang dibina di bandar Noto. – AFP