Archie sambut ulang tahun kedua

Archie Harrison Mountbatten-Windsor sudah berusia dua tahun.

Anak lelaki Putera Harry dan Meghan Markle menyambut ulang tahun keduanya pada 6 Mei dan ibu bapanya meraikannya dengan mengeluarkan sekeping potret khas.

Sudah tentunya, Harry dan Meghan ingin melibatkan peminat mereka dalam sambutan tersebut. Mereka juga menggunakan sambutan ulang tahun tersebut untuk menggalak peminat mereka ‘menyokong kesamaan vaksin’ di tengah pandemik.

“Kami amat terharu dengan sokongan yang diberikan kepada keluarga kami sejak dua tahun lalu sempena ulang tahun kedua Archie,” kata pasangan itu, yang kini menetap di California selepas melucutkan tugas-tugas diraja mereka.

Dalam sepucuk surat yang disiarkan di laman web yayasan bukan keuntungan Archewell, mereka memuji penyokong atas sumbangan amal mereka pada hari jadi Archie.

“Ramai di antara kami menyumbang kepada badan kebajikan bagi pihaknya, dan meraikan ulang tahun Archie dengan memberikan kembali kepada golongan memerlukan berdasarkan kemurahan hati semua. Anda mengumpul dana untuk mereka yang amat memerlukannya dan meneruskan amalan tersebut tanpa mementingkan diri. Kami amat berterima kasih kepada anda semua.”

“Tahun ini, dunia masih berpulih daripada COVID-19. Namun terlalu banyak keluarga yang masih bergelut dengan impak pandemik,” ujar mereka, meminta sumbangan untuk membeli vaksin untuk ‘keluarga yang amat terjejas di dunia.’

“Kami tidak akan pulih sepenuhnya sehingga semua orang, semua tempat mempunyai akses sama kepada vaksin,” tambah pasangan itu. – AFP/Agensi

Putera Harry dan Meghan Markle mengeluarkan potret khas anak lelaki mereka Archie sempena ulang tahun keduanya hari ini. – Agensi