Ardern rancang kahwin pada musim panas

WELLINGTON, 5 MEI – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern merancang untuk mengahwini tunangnya pada musim panas selatan di negara itu.

Dalam satu temu bual hari ini dalam rancangan sarapan pagi radio Coast, Ardern mengatakan beliau dan tunangnya, Clarke Grayford akhirnya memutuskan tarikh bagi perkahwinan mereka selepas mengumumkan pertunangan dua tahun lalu.

Namun Ardern tidak mengatakan tarikh tepat hari bahagia itu, hanya mengatakan ia akan diadakan pada musim panas Hemisfera Selatan bermula dari Disember sehingga Februari.

“Apabila saya mengatakan kami ada tarikhnya, tidak bermakna kami sudah memberitahu semua,” kata Ardern ketika temu bual rancangan itu. “Maka saya rasa kami perlu mengedarkan kad jemputan.”

Ardern dan Grayford mempunyai seorang anak berusia 2 tahun, Neve yang selepas hanya dua tahun Ardern dilantik sebagai pemimpin dipilih dalam sejarah moden negara itu dan melahirkan anak semasa memegang jawatan tertinggi.

Grayford merupakan pengasuh utama Neve dan bekerja sebagai pengacara dalam sebuah rancangan memancing TV. – AP

Gambar fail PM New Zealand, Jacinda Ardern menerima ucapan tahniah daripada tunangnya, Clarke Grayford susulan ucapan kemenangannya di Auckland, New Zealand pada 17 Oktober 2020. –AP