Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Ardhito Pramono mohon maaf, luah kesal ambil dadah

    Pelakon dan penyanyi Indonesia, Ardhito Pramono memohon maaf dan menyesali kesilapannya mengambil dadah.

    Memetik laporan Liputan6, penyanyi lagu Masa Masa itu berharap tindakannya itu tidak diikuti oleh golongan muda.

    “Untuk rakyat Indonesia terutama anak-anak muda, saya minta maaf sangat dan sangat menyesali.

    “Semoga tiada lagi kejadian seperti ini dalam kalangan anak muda,” katanya.

    Sebelum ini, Ardhito, 26, yang popular menerusi filem Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini ditahan di rumah di daerah Jakarta Timur, Indonesia pada 12 Januari lalu.

    Pihak polis mengesahkan menemui dadah jenis ganja namun tidak ada maklumat lanjut kerana masih dalam siasatan.

    Sementara itu, Ardhito menasihati semua peminat muziknya untuk menjauhi barangan terlarang tersebut yang akan memusnahkan diri.

    “Bagi peminat muzik saya, semua warga Indonesia agar jauhi dadah. Kerana bila kita ambil apa saja dadah, hukumannya tetap besar,” ujarnya. – Agensi

    Ardhito berharap golongan muda tidak mengikut kesilapannya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...