Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Ardi Bakrie pernah terfikir tinggalkan Nia Ramadhani

    Semenjak selesai menjalani program rehabilitasi, pelakon Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie banyak meluangkan masa membuat video siaran langsung untuk berinteraksi bersama pengikut mereka.

    Terbaharu, live pasangan itu yang dibuat di atas katil menarik perhatian warganet apabila mereka menjawab soalan daripada pengikut secara spontan.

    Ketika menjawab soalan pengikut tentang bila kali terakhir mereka berhubung dengan bekas kekasih, Nia secara spontan bertanya kepada suaminya sama ada pernah terfikir untuk meninggalkannya.

    Ardi yang pada awalnya berkata tidak menukar jawapannya dan mengakui pernah terfikir untuk meninggalkan isterinya itu.

    “Bohong! Ada satu ketika kamu pernah ingin meninggalkan aku,” kata Nia dalam video berkenaan.

    Ardi sempat mencelah bahawa dia tidak pernah membenci Nia walau apa pun yang berlaku dan tetap akan menyayangi isterinya.

    “Aku tidak pernah akan membenci kamu,” katanya.

    Meskipun video siaran langsung itu kecoh dengan pertanyaan dan jawapan pasangan itu, namun kedua-duanya kelihatan romantis dan saling menyayangi. – Agensi

    Nia Ramadhani (kiri) dan suami Ardi Bakrie semakin bahagia bersama. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...