Argentina buat pinjaman AS$6b

BUENOS AIRES, Argentina, 13 Jan – Kerajaan Argentina berkata ia telah membuat perjanjian untuk meminjam AS$6 bilion daripada sekumpulan enam bank.

Menteri Kewangan Luis Caputo, kelmarin berkata bahawa perjanjian pembiayaan selama 18 bulan akan mengurangkan risiko yang tidak menentu dan mendapatkan sebahagian daripada rancangan AS$20 bilion hutang pembiayaan di negara ini bagi 2017.

Perjanjian pinjaman mengurangkan keperluan Argentina itu untuk meraih pasaran kredit antarabangsa pada kadar faedah yang lebih tinggi pada tahun ini.

Caputo berkata Argentina berharap untuk mengeluarkan kira-kira AS$5 bilion dalam bon berdenominasi dolar dan AS$2 bilion dalam bon Peso. – AP