Tuesday, March 25, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Argentina dalam bahaya

    PARIS, 3 Okt – Ketika kelayakan Piala Dunia 2018 mencapai klimaks, Lionel Messi Argentina mendapati dirinya dalam kesulitan, Syria berjaya melangkah ke play-off untuk memastikan impian luar biasa mereka terus hidup dan juara Eropah Portugal pula mempunyai banyak tugas untuk dilakukan.

    Brazil sudah mendapat tempat pada pusingan akhir tahun depan Mac lalu tetapi tiga slot automatik terus kekal menjadi milik Amerika Selatan menjelang dua aksi pusingan akhir kelayakan.

    Juara Piala Dunia dua kali Argentina belum pernah terlepas kejohanan sejak 1970 tetapi pemenang lima kali Ballon d’Or Messi dan rakannya yang muncul naib juara di Brazil tiga tahun lalu, kini sedang menderita di tempat kelima.

    Walaupun bukan penghujung jalan bagi Argentina tetapi mereka dihantar ke play-off berturut-turut menentang New Zealand dan pemegang Copa America pula hanya satu mata di belakang pada keenam.

    Eropah akan menyediakan 14 daripada 32 pasukan untuk bersaing di Rusia termasuk tuan rumah tetapi setakat ini hanya Belgium telah mengesahkan tiket ke peringkat akhir dalam dua set aksi terakhir.

    Jurulatih Argentina, Jorge Sampaoli (kanan) ketika mengendalikan latihan pasukannya di Buenos Aires menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Bolivia. – AFP
    Mungkin juga Piala Dunia kali ini tanpa kelibat Messi dan pasukan Argentina. – AFP

    Juara dunia Jerman yang hanya perlu seri di Ireland Utara Khamis nanti, memimpin beberapa pasukan lain yang dapat menyempurnakan aksi kelayakan minggu ini.

    England lima mata di depan dalam Kumpulan F manakala Serbia mengawal bahagian mereka dan juara 2010 Sepanyol mempunyai kelebihan ke atas Itali dalam perlumbaan mereka.

    Sembilan pemenang kumpulan meraih kemunculan secara automatik sementara semua kumpulan tetapi satu daripada naib juara akan mara ke pusingan play-off untuk menentukan empat pemenang terakhir.

    Portugal yang sekurang-kurangnya yakin akan menyempurnakan play-off, menghadapi perlawanan terakhir kritis di laman sendiri menentang Switzerland ketika Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukan berusaha menterbalikkan defisit tiga mata dalam Kumpulan B.

    Perancis selesa dengan tentatif satu mata ke atas Sweden dalam Kumpulan A tetapi menyedari bahaya perjalanan ke Bulgaria yang bertanggungjawab ke atas ketidakhadiran mereka pada Piala Dunia 1994.

    Afrika ditawarkan lima slot tetapi belum ada pasukan yang berjaya merentap tiket ke Rusia. Nigeria menghampiri penampilan Piala Dunia keenam dengan juara bertahan benua Cameroon dan Algeria gagal memberikan cabaran tetapi Zambia masih boleh menafikan Super Eagles.

    Tunisia yang berada di kedudukan terbaik untuk menamatkan pengasingan Piala Dunia 12 tahun, memimpin pesaing terdekat Republik Demokratik Kongo dengan tiga mata, sementara Mesir masih boleh mengawal nasib mereka.

    Ivory Coast mengungguli Kumpulan C dengan tujuh mata tetapi harapan Maghribi (enam) dan Gabon (lima) masih lagi terjamin.

    Pasukan kebangsaan Brazil mengadakan latihan di Kompleks Sukan Granja Comary di Teresopolis menjelang perlawanan menentang Bolivia untuk aksi kelayakan Piala Dunia. – AFP
    Prestasi pasukan England di bawah bimbingan Southgate agak memberangsangkan berdasarkan aksi kelayakan kali ini. – AFP
    Tiada siapa menyangka Syria berjaya melangkah sejauh ini walaupun negara mereka dilanda perang. – AFP

    Situasi serupa dalam Kumpulan D selepas keputusan FIFA membatalkan kemenangan 2-1 Afrika Selatan ke atas Senegal pada November 2016 selepas pengadil Ghana didakwa memanipulasi perlawanan.

    Burkina Faso dan Cape Verde gah dengan enam mata tetapi Senegal ketinggalan satu mata dengan perlawanan mereka menentang Bafana Bafana akan dilangsungkan semula pada November.

    Iran, Jepun, Korea Selatan dan Arab Saudi akan mewakili Asia di Rusia tahun depan tetapi Syria dan Australia akan cuba menyertai mereka melalui play-off.

    Syria memanjangkan kempen dongeng Piala Dunia mereka dengan gol penyamaan dramatik dalam aksi kumpulan terakhir mereka untuk melangkah ke play-off dua pusingan menentang Australia pada 5 dan 10 Oktober.

    Socceroo sedang membida untuk penampilan keempat berturut-turut manakala Syria, yang tidak pernah beraksi pada pentas Piala Dunia sebelum ini, berjaya menghidupkan impian walaupun perang saudara memaksa mereka beraksi semua perlawanan di luar negara.

    Mereka akan menentang Australia di Malaysia pada perlawanan pertama sebelum berlepas ke Sydney untuk aksi timbal balik. Pemenang akan bertemu pasukan keempat dari CONCACAF dengan tempat di Rusia menjadi pertaruhan.

    Mexico akan bersaing dalam edisi Piala Dunia ketujuh mereka pada musim panas akan datang, dengan Costa Rica juga bakal menyusul. Tetapi tempat ketiga secara automatik masih menjadi rebutan dengan pasukan keempat juga boleh melayakkan diri melalui play-off antarabenua.

    Panama di tempat ketiga satu mata di depan Amerika Syarikat dan Honduras dengan dua pusingan permainan masih menunggu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda