Tuesday, August 16, 2022
27.1 C
Brunei

Argentina dijangka sertai BRI tahun depan 

-

BEIJING, 3 DIS – Duta Argentina ke China, Sabino Vaca Narvaja memberikan bayangan bahawa negara Amerika Latin itu akan menyertai Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) secara rasmi pada tahun depan.

Kelmarin, beliau yang menghadiri Forum Perdagangan dan Pelaburan Jalur dan Laluan 2021 di sini mengesahkan kerajaan sedang giat melaksanakan usaha bagi memuktamadkan perkara itu.

“Kini, BRI suatu inisiatif peringkat global dan kami juga penyokong konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan.

“Pada masa sama, ia membuka mata kami mengenai banyak projek infrastruktur mega yang dikendalikan di bawah inisiatif itu,” kata Narvaja.

Menurutnya, sebagai negara Amerika Latin yang sangat memerlukan pembangunan prasarana secara kendiri, adalah amat penting untuk Argentina berkolaborasi dengan China. Pada masa sama, dengan model dagangan kedua-dua negara yang saling melengkapi, Narvaja turut optimis terhadap prospek kerjasama antara Argentina dan China.

“China boleh membantu kami menambah baik kemudahan pengangkutan dan ia membolehkan kami mengeksport lebih banyak produk pertanian dan hasil ternakan kepada negara itu.” – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -