Argentina lanjut rundingan hutang kepada 19 Jun

BUENOS AIRES, 14 JUN – Argentina melanjutkan tarikh akhir untuk rundingan penyusunan semula hutang kepada 19 Jun apabila kementerian ekonomi mengumumkan ia bersedia membentangkan tawaran baharu kepada pemiutang.

Pengumuman itu, pelanjutan ketiga dalam rundingan beberapa bulan untuk menyusun semula hutang berjumlah AS$66 bilion, telah dijangka diadakan di tengah laporan bahawa kerajaan dan pemegang bon masih belum mencapai persetujuan.

“Argentina dan penasihatnya berhasrat mengambil kesempatan ke atas pelanjutan ini untuk meneruskan perbincangan dan membenarkan pelabur terus menyumbang kepada kejayaan penyusunan semula hutang,” kata kenyataan dari kementerian ekonomi. – AFP