Argentina lanjut sekatan pergerakan hingga 10 Mei

BUENOS AIRES, 26 APRIL – Presiden Argentina Alberto Fernandez memutuskan untuk melanjutkan langkah-langkah pencegahan COVID-19 sehingga 10 Mei, lapor agensi berita Anadolu.

Kuarantin yang pertama kali diumum 20 Mac lalu dilanjutkan untuk kali ketiga, kata Fernandez pada sidang akhbar di kediaman presiden.  Bagaimanapun, kuarantin tidak dikenakan di wilayah yang penduduknya  kurang 500,000 orang, jika memenuhi syarat kemudahan infrastruktur kesihatan.

Sejak kuarantin dilanjutkan hingga 12 April dan 26 April, Argentina  mendaftarkan lebih 3,780 kes COVID-19 dan jumlah kematian seramai 186 orang. Virus COVID-19 mula dikesan di China pada Disember lalu, kini sudah menular ke sekurang-kurangnya 185 negara dan wilayah. – Bernama