Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Argentina lantik menteri ekonomi baharu

    BUENOS AIRES, 4 JULAI – Argentina melantik pakar ekonomi, Silvina Batakis sebagai menteri ekonomi baharu negara tersebut kelmarin, selepas Martin Guzman, orang yang bertanggungjawab dalam membuat perjanjian penstrukturan semula hutang dengan IMF, meletak jawatan.

    Presiden Alberto Fernandez melantik Batakis, 53, seorang pakar ekonomi terkenal, yang pernah memegang jawatan menteri ekonomi untuk wilayah Buenos Aires pada 2011 hingga 2015, menurut pengumuman yang disampaikan oleh jurucakap presiden menerusi akaun Twitter. Pemerintah negara tersebut membuat perundingan sepanjang hari, kelmarin untuk mencari pengganti Guzman, yang diberikan tugas membuat perundingan semula mengenai hutang berjumlah AS$44 bilion dengan Tabung Kewangan Antarabangsa, di mana Argentina menekankan bahawa mereka tidak mampu membayar balik hutang tersebut.

    Hutang asal berjumlah AS$57 bilion, berlaku selepas Fernandez mengambil alih jawatan Mauricio Macri dan membuat pinjaman itu tetapi menafikan tindakan tersebut – pinjaman itu adalah yang terbesar pernah dikeluarkan oleh IMF.

    Guzman dipuji kerana berjaya menghalang Argentina, negara Amerika Latin dengan ekonomi ketiga terbesar, daripada kegagalan untuk membayar hutang dengan perjanjian yang dilengkapkan pada Mac lalu.

    Walau bagaimanapun, beliau dicabar oleh parti Peronist Justicialist, sebuah kumpulan utama dalam persekutuan Everyone’s Front, yang diketuai oleh Cristina Kirchner, bekas timbalan presiden dan presiden dari 2007 hingga 2015. – AFP

    Gambar fail Martin Guzman selepas mengadakan perbincangan bersama Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), 21 April 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...