Saturday, September 23, 2023
30 C
Brunei

    -

    Argentina menang tanpa Messi

    MONTEVIDEO, 13 SEPT – Juara dunia Argentina merehatkan Lionel Messi tetapi masih bersinar dalam kemenangan 3-0 ke atas Bolivia dengan 10 pemain di La Paz, kelmarin untuk mengekalkan permulaan kemenangan mereka memburu kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan.

    Messi, yang mempunyai jadual padat bersama kelabnya Inter Miami, menyaksikan rakan sepasukannya dari bangku simpanan tetapi tidak disenaraikan sebagai pemain gantian, setelah mengadu keletihan selepas menja-ringkan gol kemenangan 1-0 ke atas Ecuador pada Khamis.

    Walaupun ketiadaan Messi, skuad kendalian Lionel Scaloni tetap terlalu kuat buat pasukan Bolivia dengan jaringan dicatat oleh Enzo Fernandez, Nicolas Tagliafico dan Nicolas Gonzalez untuk memastikan kemenangan yang mengagumkan.

    Pemain tengah Chelsea, Fernandez hampir menjaringkangol dari jarak 30 ela, namun diselamatkan dengan cemerlang oleh Guillermo Viscarra, yang juga berjaya menyelamatkan percubaan dari jarak dekat Julian Alvarez.

    Alvarez yang lincah turut menyumbang gol pembukaan Argentina pada minit ke-31, dengan menyambut hantaran daripada Angel Di Maria. Di Maria kemudian menghantar bola ke dalam kotak penalti yang kemudian disambut oleh Fernandez yang telah membuat larian dengan sempurna.

    Argentina masuk pada separuh masa dengan mendahului 2-0 selepas Tagliafico menyambut sepakan percuma Di Maria dengan tandukan untuk menewaskan Viscarra.

    Pemenang Piala Dunia tiga kali itu mengawal permainan sepenuhnya selepas rehat dengan percubaan Alvarez terkena tiang pada minit ke-70 dan Viscarra terus sibuk dengan percubaan Rodrigo De Paul dan Di Maria.

    Gonzalez melengkapkan kemenangan tujuh minit sebelum tamat perlawanan dengan jaringan kaki kiri selepas pertahanan yang teragak-agak dari pasukan tuan rumah, yang tewas kedua-dua perlawanan pembukaan mereka. – AFP

    Aksi Julian Alvarez (tengah) semasa perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 di stadium Hernando Siles di La Paz, Bolivia pada 12 September. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...