Argentina panggil pemain EPL untuk kelayakan piala dunia

BUENOS AIRES, 28 SEPT – Lionel Messi mengetuai skuad Argentina bagi tiga kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan pada bulan Oktober yang diumumkan kelmarin.

Argentina akan menentang Paraguay pada 7 Oktober sebelum menentang Uruguay tiga hari kemudian dan akan menentang Peru pada 14 Oktober di Buenos Aires.

Argentina, yang meraih 18 mata, berada di tempat kedua di belakang Brazil, yang meraih 24 mata dalam lapan perlawanan.

Piala dunia 2022 akan menampilkan 32 pasukan dan akan diadakan di Qatar antara 21 November dan 18 Disember.

Tiga pemain dari Liga Perdana Inggeris – Penjaga gol Aston Villa, Emiliano Martinez dan dua pemain Tottenham, Giovani Lo Celso dan Cristian Romero – disenaraikan dalam skuad Argentina walaupun negara tersebut berada dalam senarai merah perjalanan koronavirus Britain.

Aksi pemain Tottenham, Giovani Lo Celso sewaktu perlawanan menentang Chelsea pada 19 September lalu. – AP

Pelancong dari negara yang tersenarai dalam senarai merah mesti dikuarantin selama 10 hari selepas tiba di United Kingdom.

Villa dan Tottenham masing-masing mempunyai jadual perlawanan pada hujung minggu 16 dan 17 Oktober.

Kebanyakan kelab Inggeris enggan melepaskan pemain mereka yang dipanggil untuk kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan tetapi Martinez, rakan sepasukan Villa, Emiliano Buendia, Lo Celso dan Romero dibenarkan untuk menyertai pasukan kebangsaan mereka.

Ini menyebabkan perlawanan antara Argentina dengan Brazil dihentikan apabila pegawai kesihatan masuk ke padang, mengatakan pemain dari England tersebut mesti dikuarantin.

Empat pemain tersebut pulang semula ke Britain melalui Croatia untuk mengelakkan daripada dikuarantin. – AFP