Monday, January 30, 2023
23.1 C
Brunei

-

Argentina rekod kematian pertama mpox

BUENOS AIRES, 29 NOV – Argentina merekodkan kematian pertama akibat mpox, penyakit yang sebelumnya dikenali sebagai cacar monyet, apabila seorang lelaki dewasa yang turut mempunyai masalah kesihatan lain meninggal dunia di sebuah hospital di sini, Kementerian Kesihatan mengumumkan pada Isnin.

Kementerian itu memaklumkan bahawa lelaki berusia 44 tahun itu ‘ditempatkan di unit rawatan rapi dengan menggunakan bantuan ventilator sejak 9 Oktober, serta didiagnosis HIV/AIDS, lapor Xinhua.

Setakat 22 November, negara Amerika Selatan itu telah merekodkan 895 kes cacar monyet, menyaksikan peningkatan mingguan sebanyak 3.46 peratus, menurut data rasmi.

Sementara itu, jangkitan direkodkan di 15 daripada 24 wilayah di negara ini sejak kes pertama dikesan pada 27 Mei, manakala purata umur kes membabitkan usia 10 hingga 78 tahun. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -