Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Argentina sedia jadi tuan rumah Piala Dunia B-20

    LUQUE, PARAGUAY, 31 MAC – Presiden FIFA, Gianni Infantino berkata bahawa Argentina mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia B-20 bagi menggantikan Indonesia, namun tiada keputusan rasmi telah diumumkan.

    Indonesia dilucutkan hak penganjuran hanya lapan minggu sebelum kejohanan bermula di tengah-tengah kemelut politik berhubung penyertaan Israel.

    Tuan rumah baharu akan diumumkan dalam beberapa hari, kata Infantino pada sidang akhbar di ibu pejabat badan bola sepak Amerika Selatan CONMEBOL.

    “Kita semua tahu bola sepak di Argentina dan ia adalah negara yang pastinya boleh menganjurkan pertandingan peringkat ini,” kata Infantino.

    “Dengan tradisi bola sepak di Argentina terdapat kemungkinan yang sangat baik,” tambahnya.

    Terdahulu, dia telah menerima tawaran daripada persatuan bola sepak Argentina untuk mengambil bahagian sebagai tuan rumah.

    Namun, pasukan B-20 Argentina gagal melayakkan diri ke kejohanan itu.

    Infantino berkata keputusan itu ‘akan dibuat dalam masa dua atau tiga hari’ dan ia akan dinilai oleh semua presiden konfederasi bola sepak.

    FIFA berkata Indonesia telah disingkirkan daripada penganjuran kejohanan 24 pasukan yang dijadualkan bermula pada 20 Mei ‘disebabkan keadaan semasa,’ tanpa menyatakan butirannya.

    Indonesia adalah negara dengan majoriti penduduk beragama Islam paling ramai di dunia dan tidak mempunyai hubungan diplomatik rasmi dengan Israel. – AP

    Presiden FIFA, Gianni Infantino bercakap semasa sidang akhbar bersama Presiden CONMEBOL Alejandro Dominguez di ibu pejabat CONMEBOL di Luque, Paraguay, semalam. – AP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...