Argentina, Uruguay terikat seri

TEL AVIV, 19 NOV – Lionel Messi menjaringkan gol penalti lewat ketika Argentina seri 2-2 menentang Uruguay dalam aksi persahabatan yang berlangsung di Israel pagi ini.

Perlawanan itu menyaksikan Messi berdepan rakan sepasukan di Barcelona, Luis Suarez, dan ia kelihatan semakin dibiarkan pemain Uruguay itu, semakin mudah buatnya menjaringkan satu gol dan membantu menghasilkan jaringan untuk pasukannya mendahului 2-1 menuju ke masa kecederaan.

Namun bola terkena tangan pemain pertahanan Uruguay dalam kawasan kotak penalti dan Messi dengan tenang menyempurnakan sepakan itu sekali gus memastikan perlawanan persahabatan itu berakhir dengan keputusan seri. Terdahulu, Messi pemain berusia 32 tahun turut berkerja sama baik dengan penyerang Manchester City, Sergio Aguero untuk menjadikan kedudukan 1-1, selepas Edinson Cavani menjaringkan gol pembukaan.

Suarez menjaringkan gol dari sepakan percuma dari luar kotak untuk memberikan kelebihan pasukannya mendahului sebelum jaringan lewat penyamaan Messi.

Perlawanan itu dilihat sebagai satu kejayaan oleh penganjur dan detik penting buat Israel, berikutan pembatalan membabitkan satu perlawanan Argentina awal tahun lalu selepas tekanan daripada pergolakan lalu. – AFP

Aksi Messi ketika mengawal bola sambil cuba dihalang oleh pemain Uruguay di Stadium Bloomfield, Tel Aviv kelmarin. – AFP