Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Ari Lasso bebas kanser selepas enam rawatan kemoterapi

    Khabar gembira disampaikan oleh keluarga Ari Lasso yang memaklumkan penyanyi itu bebas kanser limfoma yang dihidapinya sejak awal 2021.

    Isteri Ari Lasso, Vita Dessy mengucapkan syukur sambil memberitahu berita itu dimaklumkan oleh doktor yang merawat suaminya.

    Kata Vita, doktor memberitahu di tubuh Ari Lasso sudah tiada lagi tanda-tanda rebakan kanser tersebut.

    Ari Lasso menjalani rawatan secara kemoterapi selama enam kali.

    “Kami sekeluarga optimis Ari boleh sembuh. Semalam imbasan terakhir sudah bersih sebenarnya,

    Doktor memberitahu di tubuh Ari Lasso sudah tiada lagi tanda-tanda penyebaran kanser tersebut. – Agensi

    “Sel-sel kanser itu sudah tidak ada semuanya,” ujar Vita.

    Vita berkata, perjuangan berat itu dirasakan oleh dia serta ahli keluarga yang lain.

    Menerusi foto yang dimuat naik Ari Lasso pada Disember lalu, wajahnya kelihatan pucat dan kurus.

    Pada September 2021, penyanyi berusia 49 tahun itu mendedahkan sedang berjuang melawan kanser limforma.

    Ari disahkan menghidap kanser limfoma tahap dua dan didiagnosis sebagai Diffuse large B-cell lymphoma (DLBCL) yang jarang berlaku dalam kalangan pesakit kanser.

    Doktor mengesan kanser itu selepas Ari mengadu sakit perut melampau dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat ketumbuhan pada kelenjar limfanya.

    Ari sudah menerima rawatan di hospital pada awal Ogos lalu dan menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan tersebut.

    Pembedahan itu mencemaskan kerana Ari kehilangan banyak darah, namun selepas beberapa jam ia berjaya dilakukan oleh doktor pakar. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Amaran ribut hujan tertinggi dikeluarkan

    BEIJING, 23 APRIL - Lebih 100,000 orang telah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang membawa maut di selatan China, dengan kerajaan mengeluarkan amaran...