Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Ari Lasso beransur pulih dari kanser

    Keadaan kesihatan Ari Lasso bertambah baik setelah sembilan bulan berjuang untuk sembuh daripada kanser limfoma.

    Ari mengatakan pada ketika ini dirinya sedikit berbeza memandang kehidupan.

    “Aku hampir putus asa kerana telah mengalami penyakit yang boleh membawa maut,” kata Ari Lasso, setelah tampil di Konsert Raya 28 Tahun Indosiar, di studio Emtek Daan Mogot, Jakarta Barat, Selasa lalu.

    “Aku akan menghargai saat yang ada dalam hidup ku dan harus bersyukur dalam keadan apa jua pun,” ujarnya. 

    Meski sudah dimaklumkan semakin pulih, Ari Lasso sehingga kini masih menjalani proses pemulihan.

    Ari Lasso yang kini beransur pulih setelah disahkan menghidap kanser limfoma selama sembilan bulan. – Agensi

    Ada beberapa jenis ubat yang masih harus ia diambil, terutama untuk memperbaiki fungsi usus dan pencernaan yang sempat terganggu akibat proses perubatan sebelumnya.

    “Minum ubat sebelum dan selepas makan untuk rawatan perut dan suplemen herba kaya madu asli,” kata penyanyi itu.

    Dari segi permakanan, Ari Lasso masih belum boleh menikmati makanan-makanan kegemarannya secara bebas.

    Banyak makanan yang harus dielakkan.

    “Makan juga cuma bawang merah, bawang putih, ditambah sedikit garam.

    “Semua makanan kegemaran tidak lagi dapat saya nikmati seperti pecel, rawon dan soto,” kata artis terkenal asal Jawa Timur itu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...