Ariana Grande nafi status hamil

PENYANYI Ariana Grande menafikan tuduhan dia dan kekasihnya Pete Davidson mengikat tali pertunangan kerana hamil.

Ariana menerusi Twitter memberitahu perkara itu (kehamilan) akan berlaku beberapa tahun daripada sekarang jika dia benar-benar bersedia.

“Ini adalah suasana saya untuk beberapa tahun akan datang hingga saya benar-benar bersedia,” ujarnya.

Ariana Grande menjelaskan bahawa dia tidak mengikat tali pertunangan dengan Pete Davidson kerana dirinya dikatakan hamil.

Pasangan yang menjalinkan hubungan pada Mei lalu membuat keputusan drastik mengikat tali pertunangan selepas sebulan bercinta.

Tweet tersebut terus menjadi perhatian netizen dan mahukan kepastian terhadap hubungan tersebut.

Sementara itu, Pete turut mengesahkan hubungan pertunangan itu dalam wawancara bersama Jimmy Fallon.