Arianespace lancar satelit telekomunikasi

PARIS, 16 OGOS – Sebuah roket yang berlepas dari French Guiana berjaya meletakkan dua satelit komunikasi di orbit semalam, menurut firma pelancaran Arianespace.

Roket Ariane 5 berlepas pada 2204 GMT dari Kourou, pusat angkasa lepas Agensi Angkasa Lepas Eropah di wilayah Amerika Selatan, kata syarikat dalam satu kenyataan.

Dua satelit, milik pembekal kerajaan Intersat dan Sistem Korporasi Satelit Penyiaran Jepun, berjaya diletakkan di orbit selepas itu, kata Arianespace.

Sebuah kenderaan servis yang akan berlabuh bersama satelit lain di orbit juga akan dilancarkan, tambahnya.

Pelancaran itu, yang pertama untuk Arianespace sejak aktiviti di Kourou dihentikan pada Mac disebabkan koronavirus, pada asalnya dijadualkan pada 28 Julai tetapi ditangguhkan untuk membenarkan lebih banyak ‘pemeriksaan teknikal’ dijalankan.

Satu lagi penundaan menyusuli disebabkan ‘perilaku salah satu sensor yang tidak dijangkakan’ untuk tangki hidrogen cecair.
Pada Khamis, pelancaran ditundakan untuk kali ketiga disebabkan keadaan angin yang tidak mengizinkan.

Arienspace ialah operator pelancaran yang meletakkan satelit di orbit untuk Suruhanjaya Eropah dan Agensi Angkasa Lepas Eropah.

Guiana, yang merupakan tempat tinggal kepada kira-kira 250,000 orang, telah ditadbir sebagai sebuah rantau Perancis sejak akhir abad ke-18. – AFP