Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Ariel dan bekas gitaris Noah masih kekal bersahabat

    Gambar yang dimuat naik oleh vokalis kumpulan Noah iaitu Ariel bersama Uki yang merupakan bekas gitaris kumpulan itu menjawab spekulasi kononnya hubungan mereka tidak mesra selama ini.

    Mengakui sering berselisih pendapat ketika mereka masih dalam sebuah kumpulan, kata Ariel ia adalah normal dan terjadi dalam mana-mana persahabatan.

    “Kami sering berselisih pendapat, bermula daripada Peterpan hinggalah menjadi Noah. Tidak terkira rasanya berapa kali kami berbalah.

    “Bukan sahaja tentang muzik, malah banyak hal lain yang kami bincangkan termasuk soal pemerintahan negara dan politik.

    “Perbezaan pendapat itu bagus. Tidak semua manusia akan saling setuju. Walaupun sering berdebat kami tetap boleh buat persembahan pentas bersama,” katanya.

    Pada Ogos 2019 Uki membuat keputusan untuk keluar daripada kumpulan Noah yang sebelum itu dikenali sebagai Peterpan.

    Bukan hanya bersahabat dalam kumpulan, Ariel dan Uki saling mengenali sejak di bangku sekolah. – Agensi

    Ariel dan Uki saling mengenali sejak di bangku sekolah. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...