Tuesday, October 4, 2022
26.2 C
Brunei

Arif Aiman hadiahkan Piala FA buat JDT

-

KUALA LUMPUR, 11 SEPT – Pemain sayap lincah, Arif Aiman Mohd Hanapi mendedikasikan kejayaan membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala FA 2022 dengan menumpaskan Terengganu FC 3-1, kepada pemilik kelab, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Arif Aiman berkata Tunku Ismail merupakan individu yang banyak memberi dorongan kepadanya  sehingga berjaya menjadi seorang daripada pemain dalam kesebelasan utama JDT ketika ini.

“Saya memang tidak sangka dapat main dengan JDT sebelum ini kerana  saya fikir susah rebut tempat dalam kesebelasan utama memandangkan pasukan mempunyai ramai pemain berkualiti tinggi.

“Namun, saya nak ucap terima kasih kepada TMJ kerana baginda, sebab saya berada di sini. Baginda selalu beri motivasi supaya main dengan agresif dalam setiap perlawanan dan percaya kepada saya selama ini,” katanya pada sidang media selepas perlawanan akhir Piala FA 2022, di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Beliau yang menjaringkan gol pertama JDT dalam final itu pada minit ke-34 berasa amat teruja dapat membantu ‘Harimau Selatan’ meraih kembali Piala FA selepas kali terakhir memenanginya pada 2016 dengan menewaskan PKNS FC, 2-1.

Sementara itu, Bergson da Silva, yang muncul wira JDT selepas menjaringkan dua gol pada perlawanan akhir, gembira kerana memainkan peranan besar dalam membantu pasukannya merangkul gelaran Piala FA.

Dalam pada itu, penyerang kelahiran Brazil tersebut mengakui bahawa pemikiran untuk menjadi pemain naturalisasi untuk Harimau Malaya tidak pernah terlintas di fikirannya, sekiranya peluang itu timbul suatu hari nanti. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

PBB: 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan

ISLAMABAD, 3 OKT – Agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kira-kira 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan serius dalam masa...
- Advertisment -