Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Ariff Bahran kini bergelar bapa

    Selepas 10 bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Ariff Bahran kini bergelar seorang bapa selepas isteri, Amirah Syzwani Ridzuan selamat melahirkan cahaya mata lelaki baru-baru ini.

    Ariff atau Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari berkongsi berita gembira tersebut di Instagram miliknya.

    “Alhamdulillah, kami sudah berasa bangga dengan kamu anakku,” tulisnya.

    Amirah, 28, selamat melahirkan secara normal pada pukul 3:32 pagi di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor.

    Ariff turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan dirinya sekeluarga.

    Ariff Bahran kini bergelar bapa selepas isterinya selamat melahirkan anak sulung mereka di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini. – Agensi

    Malah penyanyi itu turut berkongsi video memperlihatkan detik kelahiran anak damitnya selain gambar dirinya sedang mendukung anaknya di atas sebuah kerusi.

    Tidak ketinggalan, Ariff turut mengucapkan penghargaan buat isterinya yang telah bersusah payah bertarung nyawa melahirkan anak mereka.

    “Awak sudah buat yang terbaik sayang, saya bangga dengan awak. Saya sangat mencintai awak,” katanya.

    Ariff turut memberitahu isterinya mula dimasukkan ke dewan bersalin sekitar pukul 2:30 pagi.

    “Isteri saya mula berasa sakit-sakit sejak malam Sabtu dan sebab itu saya pilih untuk dimasukkan ke hospital lebih awal.

    “Alhamdulillah, isteri dan anak saya berada keadaan baik. Isteri saya juga sudah boleh berjalan.

    “Saya sangat bersyukur proses isteri bersalin dipermudah. Sebaik sahaja anak dilahirkan, saya menangis gembira dan bersyukur,” terangnya.

    Ariff dan Amira mendirikan rumah tangga pada 3 September tahun lalu di Jabaran Agama Islam Selangor (Jais), Shah Alam dalam suasana sederhana.- Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...