Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Aril Pilus akui tidak bekerja

    Pengacara dan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7), Aril Pilus, 37, mengakui dia menganggur sejak Mei lalu setelah program CCTV yang dikendalikannya di Astro ditamatkan.

    Bagaimanapun, kata Aril, dalam keadaan tiada punca pendapatan tetap, ia bukan alasan untuk dirinya menagih simpati orang, malah tidak terdesak meminjam wang daripada rakan terdekat.

    “Setelah tujuh tahun mengendalikan program CCTV, pihak Astro buat keputusan menamatkannya. Kali terakhir ia bersiaran pada bulan puasa lalu.

    “Tipulah kalau cakap saya tak terkesan. Sesiapa yang alami perkara yang serupa juga akan memahami perasaan itu.

    “Alhamdulillah, walaupun dah tak ada kerja sekarang, saya belum lagi terdesak sehingga terpaksa meminjam duit orang.

    Aril akui cara hidup bersederhana selama ini juga sedikit sebanyak dilihat membantu dia menguruskan kewangan keluarga dengan semampunya. – Agensi

    “Saya sendiri berharap dan berdoa agar ia kekal begitu,” katanya.

    Aril berkata demikian semasa ditemui pada majlis sidang media pelancaran single Irfan Haris.

    Selain itu, tambah Aril, cara hidup bersederhana selama ini juga sedikit sebanyak dilihat membantu dia menguruskan kewangan keluarga dengan semampunya.

    “Bila jadi macam ini, saya lihat balik dan bersyukur, sekurang-kurangnya saya ini bukan jenis orang yang suka hidup bermewah-mewahan. Saya tak reti nak pakai kad kredit dan hutang saya dengan pihak bank cuma kereta, selain bil harian.

    “Saya tak berbelanja barang jenama mewah. Bukan tak pernah lalui zaman itu. Saya fikir, tak mengapa, cukup hidup dengan apa adanya buat sementara ini. Sebolehnya saya cuba untuk kurangkan komitmen yang tak perlu. Tak nak pinjam-meminjam ini,” katanya.

    Jelas Aril, walaupun reda kehilangan pekerjaaan, dia tidak putus semangat untuk bangkit melakukan sesuatu, apalagi dia mempunyai tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

    “Saya kena bangkit walaupun pernah beberapa kali diserang anxiety. Jadi, saya cuba usahakan sesuatu bersama Alif Farhan, bekas hos program CCTV untuk buat program sendiri di YouTube.

    “Selain itu, ada juga hasrat nak ceburi bidang akademik. Saya tunggu majlis graduasi pada Oktober ini dan akan cari peluang dalam bidang itu pula. Mana tahu boleh kongsikan pengalaman sepanjang 13 tahun dalam industri seni ini menerusi saluran akademik pula bukan?

    “Buat sementara waktu, saya cuba bangkit semula perlahan-lahan. Saya akan buat sahaja semua sekarang demi kelangsungan hidup,” katanya.

    Aril mendirikan rumah tangga bersama isteri, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin, pada 20 Disember 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Tun Adriel Mikael, 7. – Agensi

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...