LYTHAM ST ANNES, United Kingdom, 1 Ogos – Ariya Jutanugarn bukanlah seorang peminat lapangan golf tepi laut namun kemenangannya pada Terbuka Wanita Scotland di Gullane hujung minggu lalu, telah memberi rangsangan baharu terhadap pemain nombor satu dunia itu menjelang Terbuka Wanita British di Royal Lytham & St Annes.
Bintang golf berasal dari Thailand, berusia 22 tahun itu menang Terbuka British di lapangan golf bukan tepi laut Woburn dua tahun lalu dan menambahnya dengan kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat (AS) Jun lalu.
Dia memenuhi satu lagi sasaran dalam kariernya apabila menjadi pemain nombor satu dunia buat seketika tahun lalu.
“Kini saya hanya mahu menang kejuaraan sebanyak yang mungkin,” kata bintang yang dilahirkan di Bangkok itu.
“Lapangan ini mengagumkan. Saya masih belum menyukai lapangan tepi laut. Tapi saya semakin bagus bermain di lapangan ini,” katanya selepas kemunculan pertama di lapangan dekat Lancashire itu.
“Minggu lalu adalah hebat dan saya banyak belajar mengenai bermain dengan tiupan angin,” katanya. – AFP