Ariya, SUV elektrik pertama Nissan

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JULAI – Nissan telah menandakan satu pencapaian dalam rancangan transformasi seterusnya apabila melancarkan model terbaharu, Ariya di Yokohama, Jepun, hari ini.

Ariya, SUV crossover elektrik pertama, membuka lembaran baharu bagi Nissan dan menyerlahkan visi syarikat melalu slogannya ‘Memperkaya Kehidupan’.

Menurut kenyataan yang diterima di sini, Nissan Ariya dilengkapi dengan teknologi dan reka bentuk terbaharu yang memfokuskan kekuatan kenderaan elektrik dan SUVnya.

“Kami membuat Ariya sebagai jawapan kepada aspirasi dan keperluan praktikal pelanggan masa kini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Nissan, Makoto Uchida pada acara pelancarannya di Yokohama.

Ia menggabungkan kekuatan kami dalam kenderaan elektrik dan crossover, mengaplikasikan reka bentuk Nissan terbaharu, tambahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Nissan, Makoto Uchida bersama Nissan Ariya semasa pelancaran model tersebut di Yokohama, Jepun.
Nissan Ariya yang dipacu kuasa elektrik.

Ariya juga menjadi perintis rancangan Nissan untuk melancarkan 12 model terbaharu dalam masa 18 bulan akan datang.

Crossover serba baharu menunjukkan komitmen Nissan memenuhi permintaan pelanggan bagi teknologi dikuasakan elektrik, berautonomi dan kesalinghubungan baharu.

Menurut kenyataan itu lagi, ia menjangkakan penjualan model elektrik EV (kenderaan eletrik) dan e-Power akan menjana lebih 1 juta unit setahun pada akhir tahun fiscal 2023.

Selain memperkenalkan model Ariya, Nissan turut mengumumkan logo terbaharu, menjadikan ia salah satu jenama premium dunia hari ini.

Logo baharu itu selain dicirikan d-ngan kemodenan, ia masih mengekalkan warisan dan tradisi inovasi syarikat, dengan nama syarikat masih di tengah logo, namun tampak lebih
berevolusi.

Untuk menyaksikan tayangan perdana dunia dan mengetahui lebih lanjut mengenai Nissan Ariya, bolehlah melayari TheNissanNext.com.