Tuesday, April 16, 2024
31.7 C
Brunei

    -

    Arjun Kapoor menyesal gigih bekerja

    Gara-gara terlalu banyak bekerja dan mahu mengikut jangkaan peminat, pelakon Arjun Kapoor akui dia pernah mengabaikan tahap kesihatan diri sendiri.

    Kata Arjun dia mahu peminat melihat penampilannya sama seperti mana mula muncul dalam filem Ishaqzaade dan 2 States dahulu.

    “Ketika awal penglibatan dalam dunia seni, saya dilihat sebagai seorang pelakon yang mempunyai bentuk badan menarik dan layak untuk berlakon filem.

    “Saya mengambil banyak tawaran dan gigih bekerja sehingga mengabaikan kesihatan diri secara fizikal dan juga mental. Saya gagal menjaga diri sendiri.

    “Saya terlalu memaksa diri saya ketika itu untuk memenuhi jangkaan penonton,” katanya seperti dipetik dari Pinkvilla.

    Bagaimanapun pandemik COVID yang melanda dunia sebelum ini membuatkan Arjun sedar untuk lebih menghargai diri sendiri.

    Minatnya dalam dunia lakonan semakin bertambah namun dalam masa sama dia akan sentiasa mengutamakan kepentingan diri sendiri.

    “Apabila COVID melanda, saya mula sedar bahawa selama ini saya tidak menjadi diri sendiri.

    “Saya berjanji akan lebih mementingkan kesihatan dan menjaga diri sendiri. Saya sekarang ini bukanlah seperti ketika berusia 22 tahun dahulu.

    “Saya mahu terus bekerja, berlakon dan menghiburkan orang,” ujarnya. – Agensi

    Arjun mahu peminat melihat penampilannya sama seperti mana mula muncul dalam dua filem terawalnya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...