Tuesday, January 21, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arjun Rampal positif COVID-19

    Aktor popular Bollywood, Arjun Rampal mengesahkan dirinya dijangkiti virus COVID-19 meskipun tidak mempunyai sebarang gejala.

    Menerusi perkongsian yang dilakukan di laman Instagram miliknya, Arjun, 49, berkata, dia kini sedang menjalani kuarantin di rumah.

    “Saya telah disahkan positif COVID-19. Walaupun tidak mempunyai gejala, saya telah mengasingkan diri dengan menjalani kuarantin di rumah dan mendapat rawatan yang diperlukan.

    “Saya mengikuti semua protokol yang telah ditetapkan,” katanya.

    Dalam perkongsian sama bintang filem Raajneeti itu turut mengingatkan mereka yang ada menemuinya dalam tempoh 10 hari lalu agar mengambil tindakan yang diperlukan.

    “Kepada semua yang telah berhubung dengan saya dalam 10 hari yang lalu, harap berhati-hati dan mengambil langkah yang diperlukan.

    “Ini adalah masa yang sangat menakutkan bagi kita tetapi jika kita sedar dan bijak untuk jangka waktu singkat ini, ia akan memberikan faedah jangka panjang.

    “Bersama-sama kita boleh dan kita akan melawan COVID-19,” ujarnya. – Agensi

    Arjun Rampal mengesahkan dirinya dijangkiti virus COVID-19 meskipun tidak mempunyai sebarang gejala. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda