Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arkansas laksana satu lagi hukuman mati

    WASHINGTON, 28 April – Arkansas semalam melaksanakan satu lagi hukuman mati ke atas seorang lagi banduan, yang terakhir dalam siri-siri suntikan maut yang dilaksanakan oleh kerajaan tempoh singkat, meskipun ketika anak perempuan kepada salah seorang banduan itu merayu bagi pengampunan.

    Rancangan oleh negeri selatan konservatif itu untuk menghukum mati lapan orang tahanan dalam tempoh 11 hari, sebelum simpanan ubatnya yang digunakan dalam suntikan maut, telah mengundang perdebatan undang-undang.

    Ia bukan saja dicabar oleh para peguam bagi tahanan-tahanan yang dihukum mati tetapi juga syarikat-syarikat farmaseutikal membantah produk mereka digunakan untuk melaksanakan penghukuman mati.

    Empat orang tahanan telah mendapat penangguhan hukuman, tetapi kerajaan negeri itu telah melaksanakan penghukuman mati pertamanya sejak 2005 pada Khamis lalu, dengan melaksanakan hukuman mati ke atas pembunuh yang telah disabitkan dengan kesalahannya, Ledell Lee di Unit Cummins, berhampiran Varner, Arkansas.

    Jack Jones dan Marcel Williams, disabitkan dengan kesalahan secara berasingan atas tuduhan rogol dan bunuh pada tahun 1990an, telah dihukum mati pada Isnin lalu dalam pelaksanaan dua hukuman mati pertama negara itu dalam tempoh hampir 17 tahun.

    Kenneth Williamns, 38 tahun menjadi banduan keempat dihukum mati di Arkansas dalam tempoh lapan hari. Williams menemui ajalnya selepas menerima suntikan maut, menurut kenyataan peguam negeri Arkansas Leslie Rutledge.

    Para peguam Williams antara lainnya mengatakan bahawa pelaksanaan hukuman mati seharusnya tidak dijalankan ke atas anak guam mereka kerana kehilangan upaya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda