Friday, February 3, 2023
22.5 C
Brunei

-

ARMADA Timur harap LCS, LMS Jadi keutamaan kerajaan baharu

SANDAKAN, 9 DIS – Projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) dan perolehan kumpulan kedua kapal misi pesisir (LMS) diharap menjadi keutamaan kerajaan baharu bagi memantapkan kemampuan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) khususnya di Armada Timur mempertahankan perairan negara.

Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Sabri Zali menjelaskan kapal yang terdapat di Armada Timur ketika ini ialah kapal yang hanya mempunyai keupayaan untuk meronda, dan bukan kapal untuk tujuan bertempur.

Beliau berkata Armada Timur kini tidak mempunyai kapal perang yang mampu bertempur dalam peperangan maritim sekiranya berlaku sebarang konflik, justeru LCS dan LMS amat diperlukan pada masa ini untuk memenuhi keperluan berkenaan.

“TLDM telah banyak kali menyuarakan hasrat untuk memperoleh aset baharu melalui Pelan Transformasi ’15-to-5′ yang tergendala disebabkan kelewatan penyiapan LCS dan TLDM amat mengharapkan LMS kumpulan kedua menjadi kenyataan dalam Pelan Pusingan Ketiga (RP3) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meninjau Latihan Eksesais Operasi Laut (OSTEX) siri ketiga di perairan Sandakan dekat sini hari ini.

OSTEX siri ketiga dan terakhir tahun ini dilaksanakan sejak 2 Disember lepas dan dijadualkan tamat pada Ahad ini (11 Disember).

Pelan Transformasi ’15-to-5′ ialah pelan penyusunan semula kelas kapal daripada 15 kelas kepada lima agar lebih efektif untuk diselenggara.

Sabri berkata aset TLDM Armada Timur telah usang dengan aset termuda berusia 12 tahun, selain sistem persenjataan kapal yang telah lapuk.

Sementara itu, beliau juga memberitahu TLDM telah menerima tiga Helikopter Operasi Maritim (HOM) manakala baki lima HOM akan diperoleh secara berperingkat. – Bernama

Helikopter Operasi Maritim (HOM) dan beberapa aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjalankan Latihan Eksesais Operasi Laut OSTEX Siri Ketiga di perairan Sandakan. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hong kong tawarkan penerbangan percuma selepas COVID

HONG KONG, 2 FEB - Hong Kong bersedia untuk mengalu-alukan kembali pengunjung dari seluruh dunia, kata pemimpinnya hari ini, ketika dia mengumumkan penerbangan percuma...

Korea Utara beri AS amaran

- Advertisment -