Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Armada TLDM ukur kemampuan di Laut China Selatan

    KOTA KINABALU, 5 OKT – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan mengegarkan Laut China Selatan menerusi eksesais Kerismas yang berlangsung sehingga 23 Oktober ini   bagi  mengukur kemampuan 23 aset kapalnya daripada Armada Timur dan Barat mempertahankan samudera raya negara.

    Kemampuan aset kapal itu diuji dalam simulasi medan perang moden menerusi eksesais bermula 3 Okt lepas untuk fasa pelabuhan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di sini, diikuti 
    pembukaan eksesais pada Sabtu ini dan latihan fasa laut di Laut China Selatan bermula Ahad (9 Okt).

    Bernama yang diberi akses eksklu-sif ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sepanggar di sini baru-baru ini bagi meninjau sendiri persiapan eksesais itu, mendapati adrenalin setiap anggota berada di tahap tinggi dengan masing-masing mempersiap ‘jentera perang’ bagi menghadapi cabaran getir tersebut.

    Akses ke kapal KD Selangor yang ditauliahkan pada 2010 itu, digunakan penulis untuk melihat sendiri persiapan eksesais itu antaranya simulasi peperangan moden di ‘war room’ kapal dalam keadaan gelap dan hanya diterangi lampu berwarna merah, situasi yang biasa disaksikan dalam filem perang di layar perak.

    Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Sabri Zali (dua, kanan) ketika memantau latihan anggota kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Sri Selangor sempena Eksesais KRISMAS 27/2022 di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, kelmarin. – Bernama

    Penulis juga teruja apabila buat pertama kalinya melihat sendiri kapal KD Jebat dan KD Lekiu iaitu kapal perang jenis frigat peluru berpandu ditauliah pada tahun 1999 yang berada di pangkalan itu bagi eksesais Kerismas kali ini.

    Timbalan Panglima Armada Timur Laksamana Pertama Dr Najhan Md Said berkata Kerismas merupakan eksesais terbesar TLDM berintensiti tinggi bagi mengukur kemampuan sebenar angkatan itu, dan tahun ini Markas Pemerintahan Armada Timur dilantik sebagai penganjur.

    “Sepanjang tahun kedua-dua armada ini melakukan latihan dan operasi secara sendiri di kawasan masing-masing, justeru setiap hujung tahun sama ada Oktober atau November dilaksanakan eksesais secara bersama.

    “Gabungan ini menyaksikan kumpulan aset kapal terbesar berada di satu kawasan melaksanakan eksesais skala besar dan intensiti tinggi di Laut China Selatan,” katanya kepada Bernama. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...