Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Armenia, Azerbaijan runding damai, tamatkan konflik

    YEREVAN, ARMENIA, 31 MAC – Perdana Menteri Armenia, Nikol Pashinyan berkata hari ini beliau akan bertemu dengan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev di Brussels minggu depan untuk meletakkan asas bagi rundingan damai bagi menamatkan konflik selama berdekad-dekad ke atas wilayah pemisah Nagorno-Karabakh.

    Kedua-dua pemimpin itu akan bertemu di Brussels pada 6 April dengan Presiden Majlis Eropah, Charles Michel.

    Terdapat pertempuran baru-baru ini yang menimbulkan kebimbangan mengenai kestabilan gencatan senjata yang menamatkan perang 2020 ke atas wilayah pemisah itu.

    “Saya berharap untuk berbincang pada pertemuan ini dengan presiden Azerbaijan dan bersetuju dengan semua isu berkaitan dengan permulaan rundingan mengenai perjanjian damai,” kata Pashinyan pada mesyuarat kerajaan hari ini. Dia berkata Armenia “bersedia untuk memulakan rundingan damai dengan segera.”

    Pertempuran antara tentera Armenia dan Azerbaijan berlaku semula di Nagorno-Karabakh bulan ini dan tiga askar di wilayah yang memisahkan diri itu terbunuh minggu lalu. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...