ARP mahu langkah hati-hati dilaksanakan dalam pertarungan

LOS ANGELES, 4 MEI – Persatuan Pakar Perubatan Tepi Gelanggang (ARP) mahu langkah berhati-hati dilaksanakan apabila ingin mengadakan pertarungan, selepas sukan pertarungan tersebut telah dibatalkan pada April lalu.

Dalam kenyataan dari laman web kumpulan itu, doktor-doktor yang melatih dan mengesahkan petinju di tepi gelanggang dan doktor seni bina diri campuran di seluruh dunia untuk mengesahkan pendirian mereka berdasarkan keperluan untuk tinggal di rumah.

“Meskipun adalah mustahil untuk menghapus semua risiko berkenaan dengan COVID-19, langkah berjaga-laga boleh mengurangkan jangkitan itu dengan pantas,” katanya dalam kenyataan.

“Banyak pesuruhjaya, pertubuhan dan promoter atlet sedang membuat garis panduan yang baharu untuk mengurangkan pendedahan semua yang melibatkan tempat kejohanan, termasuk para atlet, pasukan mereka, pegawai pesuruhjaya dan kakitangan sokongan.”

Sukan di seluruh dunia telah dihentikan kerana pandemik koronavirus.

Tetapi perlawanan pertama Ultimate Fighting Championship (UFC) telah dijadualkan akan berlangsung di Jacksonville, Florida, dan dua perlawanan lain akan diadakan pada 13 Mei dan 16 Mei – kesemuanya diadakan di arena tanpa kehadiran peminat kecuali kakitangan siaran televisyen.

“Prosedur mengenai COVID-19 bagi sukan tinju mesti dibangunkan secara aktif, sentiasa dikaji dan diubahsuai berdasarkan pengetahuan yang berubah-ubah dan bukti saintifik yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan awam,” kata ARP. – AFP