Friday, February 7, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arsenal aktif cari pemain baru – Wenger

    SHANGHAI, 19 Julai – Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata bahawa dia mahu membuat lebih banyak pembelian sebelum musim baru bermula bulan depan dan mengetepikan mengenai keraguan masa depan Alexis Sanchez.

    Wenger kini berada di bawah tekanan selepas pasukan Liga Perdana itu gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun, dan dia juga berdepan dengan keraguan mengenai status beberapa orang bintang pemainnya.

    Teratas antara mereka adalah masa depan penyerang Sanchez, yang hanya mempunyai baki setahun lagi dalam kontraknya tetapi melambat-lambatkan persetujuan lanjutan.

    Wenger berkata daripada menjual pemain terbaiknya, dia lebih mahu memasuki pasaran bagi menambah skuadnya.

    “Kami masih terbuka untuk menguatkan pasukan kami dengan pemain-pemain dari luar,” kata warga Perancis itu, yang sudah menandatangani pemain pertahanan Sead Kolasinac dan penyerang Alexandre Lacazette musim panas ini, katanya di laman sesawang Arsenal.

    Pemain pertahanan terbaru Arsenal, Kolašinac (kanan) ketika menjalani sesi latihan menjelang perlawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa menentang Bayern di Shanghai. Wenger berkata Gunners kini sibuk mencari pemain baru bagi memperkuatkan skuadnya. – AFP
    Pemain pertahanan terbaru Arsenal, Kolašinac (kanan) ketika menjalani sesi latihan menjelang perlawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa menentang Bayern di Shanghai. Wenger berkata Gunners kini sibuk mencari pemain baru bagi memperkuatkan skuadnya. – AFP

    “Kami sangat aktif di pasaran perpindahan dan sudah merealisasikan dua pemain baru.

    “Kami perlu mengimbangi skuad, anda tidak menghilangkan keseimbangan pasukan dengan terlalu banyak pemain masuk.

    “Tetapi kami masih aktif di pasaran perpindahan, jadi kita lihat apa sahaja peluang yang kami boleh temui.”

    Dalam satu temu bual yang lain di sidang media Shanghai menjelang perlawanan persahabatan dengan Bayern Munich, Wenger berkata dia tidak begitu mengendahkan beberapa laporan media yang mengaitkan Sanchez dengan perpindahan keluar dari Arsenal.

    Pemain berusia 28 tahun itu dipetik dari media Chile bahawa dia mahu bermain dalam bola sepak Liga Juara-Juara.

    Wenger berkata dia belum bercakap dengan pemain itu sejak kenyataan itu dan Sanchez tidak mengikuti jelajah di China kerana dia diberikan cuti tambahan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda