Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Arsenal benam Spurs, kekal di puncak

    LONDON, 2 OKT – Arsenal membuktikan mereka layak digelar pencabar utama Liga Perdana Inggeris selepas melakar kemenangan 3-1 ke atas Tottenham yang pada satu ketika beraksi dengan 10 pemain dalam aksi seteru setempat, kelmarin.

    Skuad kendalian Mikel Arteta mencatatkan tujuh kemenangan daripada lapan perlawanan liga musim ini untuk memimpin liga dengan kelebihan empat mata.

    Pertemuan kali ke-192 antara dua musuh ketat itu menyaksikan Thomas Partey meletakkan Arsenal di hadapan pada minit ke-20.

    Bagaimanapun, kelebihan itu dipadam penyerang Spurs, Harry Kane yang menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti minit ke-31 namun situasi berbeza pada separuh masa kedua apabila kesilapan dilakukan penjaga gol Spurs, Hugo Lloris membolehkan Gabriel Jesus kembali meletakkan Arsenal di depan pada minit ke-49.

    Pemain pertahanan Tottenham, Emerson Royal kemudian dilayangkan kad merah kerana mengasari Gabriel Martinelli.

    Jaringan Granit Xhaka minit ke-67 memastikan Arsenal membalas dendam kekalahan 0-3 dengan lawan mereka itu pada musim lalu yang menyebabkan Arsenal terlepas tempat beraksi di Liga Juara-Juara.

    Menamatkan rekod tanpa kalah Tottenham dalam 13 perlawanan liga adalah satu kejayaan besar untuk Arsenal.

    Gunners kini hanya tewas sekali dalam 30 perlawanan liga di tempat sendiri menentang Tottenham.

    Kemenangan itu menyaksikan Arsenal mengumpul 21 mata selepas lapan perlawanan, empat mata di depan pasukan tangga kedua, Manchester City dan Spurs yang berkongsi 17 mata. – AFP

    Reaksi Granit Xhaka selepas menjaringkan gol ketiga pasukan Arsenal semasa perlawanan menentang Hotspurs di Stadium Emirates, di London, England pada 1 Oktober 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...