Arsenal berikan Howe kekalahan pertama

LONDON, 28 NOV – Arsenal kembali ke landasan yang betul dengan kemenangan 2-0 ke atas Newcastle kelmarin sekali gus menyaksikan Eddie Howe mengalami kekalahan pertamanya sebagai pengurus pasukan yang menghadapi kesukaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pasukan kendalian Mikel Arteta menyaksikan 10 perlawanan tanpa kalah mereka dalam semua pertandingan berakhir hujung minggu lalu selepas dibelasah oleh Liverpool 4-0.

Tetapi gol separuh masa kedua menerusi Bukayo Saka dan Gabriel Martinelli di Stadium Emirates menyaksikan mreka mencatat empat kemenangan daripada lima perlawanan liga terakhir mereka.

Selepas permulaan buruk mereka musim ini, Arsenal berada di tangga kelima, berkongsi mata yang sama dengan West Ham di tempat keempat, dlam usaha mereka memburu tempat dalam Liga Juara-Juara musim depan.

Menyertai semula perlumbaan untuk tempat saingan di Eropah melambangkan kemajuan yang ketara untuk Arteta, tetapi beberapa pasukan lawan akan rasa terancam seperti Newcastle.

Reaksi pemain Arsenal, Bukayo Saka meraikan gol pembukaan pasukannya dalam perlawanan EPL menentang Newcastle United kelmarin. – AP

“Saya gembira dengan keputusan ini selepas tewas kepada Liverpool. Awda perlu terus menang perlawanan,” kata Arteta.

“Perkara yang penting ialah kami perlu bersabar. Kami perlu beraksi dengan baik dan penuh rentak. Kami menemui ruang dan itulah cara kami menjaringkan gol.”

Howe bertanggungjawab untuk mengurus Newcastle buat kali pertama setelah terlepas keputusan seri 3-3 menentang Brentford pada hujung minggu lalu kerana ujian positif COVID-19.

Digaji oleh pemilik baharu Newcastle untuk menggantikan Steve Bruce yang dibelenggu fitnah, Howe tidak mungkin dapat menjangkakan tentang bebanan tugas yang dihadapinya di Tyneside.

Bekas pengurus Bournemouth, Howe perlu menghasilkan prestasi yang lebih baik daripada pasukannya yang gagal mencatat kemenangan jika mereka ingin mengelakkan merosot ke zon penyingkiran. – AFP