Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Arsenal berjuang rebut kejuaraan Liga Perdana

    LONDON, 2 MEI – Jurulatih Arsenal, Mikel Arteta hari ini menegaskan bahawa pasukannya tidak berpuas hati dengan sekadar layak ke Liga Juara-Juara dan masih berjuang untuk merebut kejuaraan Liga Perdana.

    Arsenal sudah pun kembali ke Liga Juara-Juara selepas enam tahun tidak beraksi tetapi hilang kedudukan dalam saingan kejuaraan Liga Perdana selepas mengalami kekalahan teruk 4-1 di tangan Manchester City minggu lepas.

    City kini menjadi pilihan utama untuk mempertahankan kejuaraannya, tetapi Arteta berkata kekalahan itu tidak melemahkan impian pemainnya.

    “Itulah mentaliti yang kami perlukan dan itulah yang saya lebih suka dalam beberapa hari kebelakangan ini,” kata jurulatih Arsenal, Mikel Arteta menjelang perlawanan di tempat sendiri menentang Chelsea, hari ini. “Kami masih tidak berpuas hati, kami masih kecewa dan kami mahukan lagi.”

    Dengan berbaki lima perlawanan untuk Arsenal dan enam perlawanan untuk Man City, Arteta menegaskan “masih banyak perkara yang akan berlaku” dalam perlumbaan kejuaraan yang kebanyakkan berpihak untuk pasukan Pep Guardiola.

    City kini menduduki tangga teratas selepas menang 2-1 di Fulham pada Ahad untuk mendahului satu mata di hadapan Arsenal, yang mencatatkan rekod tanpa kemenangan dalam empat perlawanan. Pasukan Guardiola juga telah bermain kurang satu perlawanan.

    Arsenal telah mendahului kedudukan selama 247 malam musim ini dan boleh menambah satu lagi hari ini dengan kemenangan menentang, yang hanya mempunyai dua mata daripada enam perlawanan liga.

    “Ini yang saya inginkan. Menang esok dan be-rada di puncak,” kata Arteta. “Hebat, kami berada dalam Liga Juara-Juara dan semua orang masih tidak berpuas hati dengan situasi itu”. – AP

    Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berdiri di tepi garisan semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Manchester City dan Arsenal di stadium Etihad di Manchester, England, 26 April. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...