Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arsenal, Chelsea berdepan ujian getir

    PARIS, 24 Okt – Walaupun jadual agak padat, Arsenal meneruskan rentak kemenangan ke-10 di Sporting Lisbon ketika mereka berusaha untuk memenangi Liga Europa esok sementara tetangga mereka Chelsea pula berdepan BATE Borisov dari Belarus tanpa Eden Hazard.

    Selepas mengesahkan kemenangan ke-10 berturut-turut di laman sendiri dengan membenam Leicester dalam aksi Liga Perdana pada Isnin, pasukan Unai Emery adalah pasukan yang perlu diberi perhatian dalam Kumpulan E.

    Arsenal dan Sporting masing-masing mendapat enam mata selepas dua perlawanan dengan Qarabag dari Azerbaijan dan rakan-rakan seperjuangan Vorskla dari Ukraine masih belum mengumpul sebarang mata.

    Sporting kelima dalam kelompok pasukan elit Portugal, dipisahkan empat mata dari pendahulu selepas bekas bintang Manchester United, Nani menjaringkan tiga gol daripada tujuh perlawanan liga.

    Sekiranya Arsenal memerlukan lebih banyak alasan bagi mempercayai peluang mereka untuk meneruskan momentum, mereka tidak perlu melihat jauh. Sebagai jurulatih Sevilla pada dari 2013 hingga 2016, Emery mengetuai pasukan Sepanyol itu untuk merangkul gelaran Liga Europa tiga tahun berturut-turut.

    Hazard cedera ketika menentang Man United di Stamford Bridge 20 Oktober lalu. – AP
    Emery sudah membuat beberapa perubahan selepas Nacho Monreal dan Sead Kolasinac diketepikan. – AP

    “Kami mula bermain sepenuh hati,” kata Emery selepas kemenangan 3-1 pada Isnin, di mana Mesut Ozil menjaringkan gol dan memberikan umpanan dalam aksi wira perlawanan. “Saya rasa kami bermain bola sepak seksi,” kata pemain berusia 30 tahun itu.

    Sporting yang menang 2-1 di Loures dalam Piala Portugis bersama Nani dan Bruno Fernandes pula terbukti tajam, sepatutnya bermain lebih baik pada Sabtu.

    Arsenal yang beraksi pada Isnin dan Emery pula sudah bersedia untuk membuat perubahan disebabkan jadual yang padat, dijangka terus meningkat selepas Nacho Monreal dan Sead Kolasinac diketepikan.

    “Semalam hari yang sangat buruk untuk kerana kami dilanda kecederaan,” kata Emery mengakui pada Selasa.

    Setelah masing-masing memenangi aksi Kumpulan L, juara 2013 Chelsea boleh mengorak langkah untuk pusingan seterusnya dengan kemenangan di laman sendiri esok walaupun tanpa Hazard.

    Perancang hebat permainan Belgium itu berkata dia begitu banyak dibentes ketika seri 2-2 dengan Manchester United dan terlepas aksi menentang BATE di Stamford Bridge merupakan sesuatu yang tidak bagus.

    “Apabila saya bangun pada Isnin saya rasa sengal-sengal. Pada babak kedua pula saya tidak dapat memecut dengan betul,” katanya. Dengan penyerang Sepanyol Alvaro Morata bergelut hanya dengan tiga gol musim ini, ketiadaan Hazard menjejaskan jentera serangan Chelsea setelah meledak tujuh gol untuk kempen Liga Perdana.

    Namun pemain sayap Brazil Willian tetap yakin dengan peluang mereka dan mendakwa seluruh kelab mendapat lonjakan semangat dengan kedatangan jurulatih baharu Maurizio Sarri.

    “Berdasarkan cara kami bermain musim ini, kami boleh pergi jauh,” kata pemain sayap pemain itu mengenai kempen Liga Europa. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda