LONDON, 7 Ogos – Penjaga gol Thibaut Courtois dan bintang baru Chelsea, Alvaro Morata merupakan dua pemain Chelsea yang gagal menyempurnakan sepakan dalam penentuan sepakan penalti, memberikan kemenangan Perisai Komuniti 4-1 kepada Arsenal di Wembley semalam.
Gol Chelsea menerusi Victor Moses dan Sead Kolasinac untuk Arsenal telah mengheret perlawanan kepada penentuan penalti, di mana kedua Courtois dan Morata gagal menyudahkan penalti mereka, Arsenal telah memenangi trofi itu buat kali ketiga dalam empat tahun.
Courtois menyaksikan penaltinya melambung tinggi melepasi gawang sebelum Morata, pembelian 58 juta pound dari Real Madrid, rembatannya tersasar, membolehkan Olivier Giroud memastikan kemenangan buat Arsenal.
“Saya sangat gembira kerana kami telah memenangi trofi yang kami mahukan dan kerana kualiti permainan sangat bagus,” kata pengurus Arsene Wenger selepas sepakan penalti, yang menggunakan format ABBA yang baru.
Arsenal telah memenangi sembilan kunjungan ke Wembley, kemenangan yang tercipta sejak menewaskan Wigan Athletic di separuh akhir Piala FA 2014.

Moses, yang menerima kad kuning kedua ketika Chelsea menewaskan Arsenal dalam Piala FA, menebusnya dengan memberikan juara Liga Perdana itu pendahuluan di awal separuh masa kedua.
Tetapi selepas Pedro dilayangkan kad merah kerana cabaran ganas ke atas Mohamed Elneny, Kolasinac menanduk masuk bagi gol penyamaan di minit ke-81.
“Pastinya terdapat kekecewaan untuk menamatkan perlawanan dengan 10 pemain buat kali kedua ketika menentang Arsenal. Sebelum ini Piala FA, kini Perisai Komuniti,” kata Conte.
Skuad Wenger memulakan musim Liga Perdana mereka di laman sendiri menentang Leicester City, dengan skuad Antonio Conte memulakan usaha mempertahankan gelaran mereka menentang Burnley di Stamford Bridge. – AFP