Arsenal kejutkan Bayern

SHANGHAI, 20 Julai – Arsenal dikuasai buat tempoh yang lama oleh Bayern Munich sebelum menjaringkan gol penyamaan minit akhir dan kemudian menang 3-2 menerusi sepakan penalti dalam aksi persahabatan di Shanghai semalam.

Penjaga gawang simpanan, Emiliano Martinez muncul wira pasukan Liga Perdana itu, menyelamatkan sepakan penalti lemah Juan Bernat selepas pemain gantian Arsenal, Alex Iwobi menukar kedudukan seri 1-1 pada akhir masa biasa.

Ia mungkin hanya aksi persahabatan dan Arsenal menjadi juara tetapi ia menyakitkan bagi pengurus Arsene Wenger, yang pasukannya mengalami kekalahan besar menerusi agregat 10-2 kepada Bayern dalam Liga Juara-Juara musim lalu.

Robert Lewnadowski hanya memerlukan minit kesembilan untuk meletakkan Bayern di depan menerusi sepakan penalti ketika juara dari Jerman itu mendominasi permainan sebelum tandukan Iwobi menerjah jaring pada minit akhir.

Pada satu kedudukan pada awal perlawanan di Stadium Shanghai itu, di mana suhu sekitar 36 darjah Celsius, Wenger mengangkat lengan menunjukkan kekecewaannya.

Midfield Bayern Corentin Tolisso (kiri) dan pemain Arsenal Eddie Nketiah bersaing untuk menguasai bola dalam perlawanan Piala Kejohanan Antarabangsa di Shanghai, kelmarin. – AFP
Midfield Bayern Corentin Tolisso (kiri) dan pemain Arsenal Eddie Nketiah bersaing untuk menguasai bola dalam perlawanan Piala Kejohanan Antarabangsa di Shanghai, kelmarin. – AFP

Dan pada akhir separuh masa pertama di mana Bayern hampir menjaringkan lima gol tetapi bagi penjaga gol Petr Cech, pemain utama Arsenal Mesut Ozil menyepak bola tinggi ke udara dalam mempamerkan kemarahan.

Masa depan pemain antarabangsa Jerman itu dan bintang dari Chile Alexis Sanchez diragui dengan kedua-duanya melengah-lengahkan kontrak baru. Sanchez berada dalam percutian dan tidak berada di China selepas persaingan Piala Konfederasi.

Tetapi dia mungkin tidak menghasilkan perbezaan menentang pasukan Carlo Ancelotti itu yang mendahului selepas Ainsley-Maitlands-Niles dijatuhkan Bernat dalam kotak penalti dan Lewandowski menyudahkan tugasan tersebut.

Jaringan penyamaan masa tambahan menerusi Iwobi memastikan perlawanan diheret kepada penentuan penalti. Kedua-dua pasukan menurunkan pemain yang bercampur-campur dari pasukan pertama dan simpanan dengan pemain Bayern yang baru ditandatangani, James Rodriguez dan penyerang baru Arsenal, Alexandre Lacazette juga diturunkan.

Arsenal menghadapi Chelsea di Beijing dalam aksi pemanas badan mereka seterusnya pada hujung minggu sementara Bayern menetang AC Milan di Shenzhen, selatan China. – AFP